Sahabat Robotku,Alia
13 views Fiction
Fiction

Sahabat Robotku,Alia

By Syza

Publisher Self Publisher
Year 2026
ISBN

Synopsis

Di sebuah dunia futuristik, setiap kanak-kanak mempunyai robot sebagai sahabat mereka. Alex ialah seorang budak lelaki yang sangat rapat dengan robot perempuannya, Alia. Mereka sentiasa belajar, bermain dan menghabiskan masa bersama.

Namun, dunia mereka tiba-tiba mengalami krisis bateri robot sehingga banyak robot mula berhenti berfungsi. Alia juga semakin lemah dari hari ke hari. Alex berusaha bersungguh-sungguh mencari formula dan sumber tenaga baharu untuk menyelamatkan Alia, tetapi dia terlambat apabila Alia akhirnya terpadam sepenuhnya.

Walaupun sedih, Alex tidak pernah berputus asa. Selepas dua tahun membuat kajian, dia berjaya mencipta “Star Battery”, bateri istimewa yang menggunakan tenaga bintang. Dengan ciptaannya itu, Alex bukan sahaja berjaya menghidupkan semula Alia, malah membantu menyelamatkan robot lain di seluruh dunia.